Assalamu'alaikum wbt..
dah lama tak aktif di blog ini..maafkan saya..kerana kesibukan dan kekangan masa yang melanda diri..sejak tamat daripada program realiti dakwah PENCETUS UMMAH Musim ke-3.
Allah SWT telah taklifkan saya dengan gelaran JUARA dalam program tersebut.. Alhamdulillah...
namun di sana menuntut pengorbanan yang besar..iaitu kualiti masa bersama keluarga yang tercinta.
InsyaAllah, akan mula mencuri masa mencoret kisah suka duka dalam blog ini nanti...
من التابعين
Selasa, 31 Mei 2016
Khamis, 7 Mei 2015
Golongan Ahli Waris Yang Layak Menerima Dengan Kadar 1/3 Pusaka
Assalamu'alaikum wbt..
terdapat 7 golongan yang layak menerima dengan kadar 1/3 daripada harta pusaka, mereka ialah:
1. Bapa dengan syarat - si mati mempunyai zuriat ( lelaki atau perempuan)
2. Ibu dengan syarat - si mati mempunyai zuriat atau mempunyai adik beradik lebih daripada seorang.
3. Datuk (bapa kepada bapa) dengan syarat:
- si mati mempunyai zuriat
- si mati tidak mempunyai bapa. ( jika wujudnya bapa, datuk akan terhalang dari menerima pusaka.
4. Nenek atau nenek-nenek ( ibu kepada ibu dan ibu kepada ayah) dengan syarat:
- si mati mempunyai zuriat
- si mati tidak mempunyai bapa atau ibu.
5. Seorang adik beradik seibu, dengan syarat:
- si mati tidak mempunyai bapa atau datuk dan leluhur
- si mati tidak mempunyai zuriat
6. Cucu perempuan ( anak kepada anak lelaki) , dengan syarat :
- si mati tidak mempunyai anak lelaki
- si mati tidak mempunyai cucu lelaki
- si mati cuma ada seorang anak perempuan.
7. Adik beradik sebapa perempuan, dengan syarat:
- si mati tidak mempunyai zuriat
- si mati tidak mempunyai bapa
- si mati tidak mempunyai adik beradik kandung lelaki
- hanya ada seorang adik beradik perempuan kandung
- hanya ada seorang anak perempuan.

Ahad, 26 April 2015
Ahli Waris Yang Layak Menerima 1/3 ( satu pertiga) Harta Pusaka.
Assalamu'alaikum wbt..
Terdapat hanya 2 golongan yang layak menerima 1/3 harta pusaka, mereka ialah:
1) Ibu, layak menerima dengan dua syarat:
- si mati tidak mempunyai zuriat
- si mati tidak mempunyai adik beradik lebih daripada seorang.
2) Ramai saudara seibu ( lelaki atau perempuan atau bercampur) dengan syarat:
- si mati tidak mempunyai zuriat
- si mati tidak mempunyai bapa atau datuk dan ke atas
( bagi saudara seibu mereka akan mendapat bahagian sama banyak di antara lelaki dan perempuan dengan tiada perbezaan)
contoh persoalan:
Ahmad mati meninggalkan:
isteri ( 1/4)
ibu ( 1/3)
siti mati meninggalkan:
suami ( 1/2)
ramai adik beradik seibu (1/3)
rujuk nota sebelum ini...jika ada sebarang kemusykilan boleh hubungi saya di talian 019-4443052

Khamis, 23 April 2015
Ahli Waris Yang Layak Menerima 1/8 (satu perlapan) Pusaka.
Assalamu'alaikum wbt..
golongan yang layak menerima 1/8 pusaka adalah hanya satu golongan sahaja iaitu
1) Isteri atau Isteri-isteri dengan syarat mereka layak jika suami meninggal dunia dan meninggalkan zuriat..
sebagai contoh:
Ali meninggal dunia dan meninggalkan:
1 anak perempuan ( 1/2)
isteri (1/8)

Selasa, 21 April 2015
Ahli Waris Yang Layak Menerima 1/4 ( satu perempat) bahagian pusaka.
Assalamu'alaikum wbt..
kali ini kita akan mengetahui golongan yang layak menerima 1/4 ( satu perempat) bahagian pusaka. terdapat hanya 2 ahli waris yang layak dalam kadar ini iaitu:
1. Suami - dengan syarat, isterinya mati tanpa meninggalkan zuriat.
2. Isteri @ isteri-isteri - dengan syarat, suami mati tanpa meninggalkan zuriat, sama sekali.
# bahagian isteri yang ramai seperti contoh dua orang maka kadar 1/4 itu hendaklah dibahagikan bersama-sama mereka berdua...
sebarang kemusykilan boleh hubungi saya di talian 019-4443052

Rabu, 15 April 2015
Ahli Waris Yang Layak Menerima 1/2 (satu perdua) Harta Pusaka
Assalamu'alaikum wbt..
golongan ahli waris yang layak menerima dengan kadar 1/2 (satu perdua) ada lima iaitu:
1) suami - dengan syarat isteri meninggal dunia tanpa meninggalkan zuriat
2) seorang anak perempuan - dengan syarat berseorangan dan tiada bersamanya anak lelaki
3) seorang cucu perempuan - dengan syarat berseorangan,
- tiada anak bagi si mati lelaki atau perempuan
- tiada bersamanya cucu lelaki
4) seorang saudara perempuan kandung - dengan syarat hendaklah dia berseorangan
- tiada anak lelaki bagi si mati
- tiada ayah bagi si mati
- tiada saudara lelaki kandung.
5) seorang saudara perempuan sebapa - syaratnya seperti syarat saudara perempuan kandung kecuali ditambaha dengan tiada bersamanya saudara lelaki atau perempuan kandung atau saudara lelaki sebapa.
selamat membaca...sebarang kemusykilan tentang pusaka hubungi kami Ustaz Syed Mohd Bakri Al-Yahya 019-4443052

Sabtu, 11 April 2015
berapakah kadar pusaka yang ditentukan di dalam al-Quran kepada ahli waris?
Assalamu'alaikum wbt..
tahukah anda bahawa terdapat 6 kadar yang telah ditentukan Allah di dalam al-Quran melalui ayat 11, 12 dan 176 dari surah al-Nisa',
kadar-kadarnya adalah :

- 1/2
- 1/4
- 1/8
- 1/3
- 1/6
- 2/3
- 1/3 baki bagi kes al-'umriyatain
ilmu faraidh dan hukum mempelajarinya
Assalamualaikum wbt
ilmu faraidh adalah ilmu untuk menguruskan harta pusaka, menentukan kadar bagi ahli waris yang layak dan bagaimanakah kaedah pengiraanya.
ilmu faraidh adalah suatu ilmu yang jarang diajari di Masjid dan surau, kerana kebanyakkan orang beranggapan ianya ilmu yang digunakan apabila berlakunya kematian sahaja.
hukum mempelajari ilmu faraidh adalah fardhu kifayah..

Sabtu, 28 Februari 2015
Rabu, 27 Ogos 2014
Rabu, 13 Ogos 2014
Kuliah Bulanan Surau An-Nuriah Taman Meru 2B
Assalamu'alaikum wbt..
InsyaAllah pada malam ini kuliah Maghrib bulana di surah An-Nuriah Taman Meru 2B Ipoh, oleh:
Ustaz Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak
Kitab: Bustaanul 'Arifien karangan Imam Mahyuddin Bin Syaraf An-Nawawi Radhiyallahu'anhu,,
jemput hadir...

Selasa, 12 Ogos 2014
KULIAH FARAIDH 1
Assalamu'alaikum wbt..
InsyaAllah malam ini di Masjid al-Ghufroniah Sungai Siput akan mengadakan Kuliah Faraidh bagi Siri Pertama yang akan disampaikan
oleh : Ustaz Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak Al-Yahya.
kitab rujukan asas : Al-Mawarith - Syikh Muhammad Ali Al-Sobuuni Hafizahullah
Muslimin Dan Muslimat Di jemput hadir..nota disediakan,

Khamis, 24 April 2014
Rabu, 30 Oktober 2013
lama tak update blog
Assalamu'alaikum wbt..
apa khabar pengunjung sekalian...nak berhubung boleh ke fb saya ustaz syed bakri

Selasa, 18 Disember 2012
cara mendidikan anak menjadi anak yang soleh cemerlang
Assalamu'alaikum wbt..
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
...Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Isnin, 19 November 2012
Rabu, 24 Oktober 2012
genap usiaku pada tarikh wukuf di 'arafah 1433h
Assalamu'alaikum wbt..
Esok 9 Zulhijjah 1433h..(khamis) 25 Oktober 2012, genap usiaku 30 tahun..selama diri ini wujud di dunia yang penuh pancaroba ini..banyak peristiwa manis, pahit, kelat dan payau yang pernah dilalui..ade yang dapat ditelan dengan penuh keredhaan..ade juga yang kadang-kadang seolah-olah ingin diriku menyalahkan takdir..tetapi itu hanya mendatangkan kemurkaan Allah ke atasku..harapanku..semoga dengan detik-detik yang masih berbaki buat diriku..aku berdoa agar Allah SWT menjadikan diriku insan yang mudah bersyukur dan dikurniakan kesihatan dan mendapat zuriat keturunan yang boleh meneruskan deligasi leluhurnya..dan menjadikan ahli keluarga sentiasa mendapat hidayah Allah sentiasa..amiin.

Selasa, 23 Oktober 2012
Rabu, 17 Oktober 2012
Kelebihan Berpuasa pada sepuluh hari di bulan Zulhijjah
Assalamu'alaikum wbt..
nabi SAW bersabda yang mafhumnya:
" tiadalah diantara hari-hari yang dilakukan padanya amal soleh yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini, iaitu hari-hari yang sepuluh ini"
hadith riwayat Imam al-Bukhari daripada Saidina 'Abdullah bin 'Abbas RA.

Khamis, 11 Oktober 2012
10 Cara Membahagiakan Ibu Bapa
Assalamu'alaikum wbt..
Setiap anak wajib berbakti dan
mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua.
Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.
Banyak bakti yang boleh dilakukan
kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini
bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih
perhatian.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
2.Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3.Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.
Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
4.Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.
Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.
5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??
Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
6.Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
7.Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

Isnin, 1 Oktober 2012
Dua Jenis Mata...Kita Kategori Yang Mana??
Assalamu'alaikum wbt..
Dalam dunia ni, ada 2 jenis mata.
Mata lebah : Sentiasa cari yang baik, yang manis dan yang bagus.cthnya madu, bunga
Mata lalat : sentiasa cari yang kotor, yang x bgus, yang busuk.
Mata kita macam mana?kalau sentiasa cari salah orang, langsung nak cari
baiknye orang, hentikanlah perangai sebegitu....~Kalau kita cari
baiknye seseorang itu, maka kita akan jumpe baiknye terlebih dahulu
daripada jahatnya.~
Sama sama saya, anda membetulkan persepsi kita
terhada sesetengah orang..Mungkin jua mereka itu lebih baik dari kita
yang sentiasa mencari kesalahan orang dan tidak menyedari kita jua ada
kesalahan..=)
Rabu, 15 Ogos 2012
Balik Kampung.....
Assalamu'alaikum wbt..
InsyaAllah 17hb(jumaat) ni saya dan keluarga akan pulang beraya di kampung..doakan perjalanan kami dipermudahkan oleh Allah SWT...

Ahad, 12 Ogos 2012
Lailatul Qadar, malam yang di nantikan..
Assalamu'alaikum wbt..
sekarang kita sudah berada pada 23 Ramadhan..(dan pada ketika catatan ini ditulis sudah masuk malam 24 Ramadhan)..seluruh umat islam yang benar-benar ingin mencari malam al-Qadar, tidak akan melepaskan peluang untuk melaksanakan banyak ibadah kepada Allah SWT..
Allah SWT menyatakan bahawa " malam al-Qadar adalah terlebih baik daripada 1000 bulan ( 83 tahun 3 bulan)..
maka sahabat sekalian,
terserah kepada kita, bagaimana untuk menghidupkan malam-malam terakhir ini..adakah dipenuhi dengan ketaatan atau dengan kelalaian. kita telah melepas pusingan-pusingan awal Ramadhan..maka janganlah lepaskan peluang yang terhidang kali ini..
ya Allah bantulah kami untuk kami melakukan ketaatan kepadaMu ya Rabb....
aamiiin...

Langgan:
Catatan (Atom)