من التابعين

Isnin, 7 Disember 2009

Tidak cukupkah anda mengaibkan Tuk Guru dan Keluarganya!!?

Salam ukhwah buat kalian..

ana terbaca dalam laman malaysiakini.com, mengenai luahan hati anak Tuk Guru, Nik Amalina yang menulis luahan hatinya mengenai fitnah yang menimpa suaminya dan keluarganya..bagi penentang PAS ianya akan menjadi modal nak menunjukkan lemahnya Nik Amalina bagi menghadapi cabaran dan dugaan Allah ini..namun bagi ana..ianya adalah kekuatan, kerana dia sanggup berkongsi duka yang di tanggung olehnya atas fitnah durjana manusia yang tidak kenal intan dan kaca..namun petikan demi petikan ana baca dalam sisipan catatan yg disiarkan dalam laman malaysiakini itu, amat menyakitkan hati.

antara catatan dalam laman itu:

Blog Kelab Greenboc pula berkata, Dr Mariah yang menyiarkan luahan perasaan Nik Amalina itu sepatutnya menasihatinya supaya mengadu kepada Nik Aziz sendiri daripada membiarkan anaknya itu "merapu-merapu".

"Sepatutnya YB Dr (Mariah) perlu menasihatinya bahawa ayahanda Nik Amalina sendirilah sepatutnya tempat mengadu.


"Ayahandanya seorang ulama disegani..., apa perlu Nik Amalina mengadu kepada orang lain tetapi membelakangkan ayahandanya sendiri?" coretnya semalam.

Blog itu turut mendakwa, Syed Azidi sebagai "orang yang dimusuhi" suami wanita itu, telah membawa bukti berhubung "gelagat dan perangai" Abdul Ariffahmi.

Abdul Ariffahmi dan Dr Siti Mariah ketika dihubungi Malaysiakini hari ini enggan mengulas berhubung artikel Nik Amalina dan juga penjelasan ahli parlimen PAS itu di blog tersebut.

kenape mereka menyerang catatan Nik Amalina..bukankah itu haknya untuk meluahkan perasaan yang terbuku di hatinya..jika kita berada di tempatnya pasti kita akan meluahkan perasaan kita..ianya adalah perkara semulajadi manusia dan ianya dapat mengurangkan tekanan yang berada di dalam benak hatinya..
 

Tiada ulasan: