من التابعين

Ahad, 6 Jun 2010

POLIS,ADUN,PEJABAT AGAMA NEGERI PAHANG BUAT APA?TENGOK SAJA??

Assalamu'alaikum wbt..

Ni rintihan dan rasa hati ana bila pulang ke kampung dan melihat ramai remaja melayu anak bangsa seperti hanyut sehanyut-hanyutnya melayari hidup dengan lagak yang amat menyakitkan hati..isu MEMINUM AIR TUAK yang dibekalkan oleh pihak-pihak yang inginkan keuntungan, mengikut sumber banyak di jual di KAMPUNG SEBERANG BALOK DAN PERUMAHAN BALOK MAKMUR dan tiada tindakan oleh pihak berkuasa seperti ADUN BESERAH.POLIS DAERAH BESERAH (BALOK), ATAU JAIP (JABATAN AGAMA ISLAM PAHANG) bagi membendung gejala ini..nak disalahkan remaja 100% adalah tidak wajar..kepada siapa rakyat BESERAH,KUANTAN ingin mengadu..sudah di angkat pemimpin dari jamaah Islam, tetapi perkara yang sama, masalah yang sama tetap berlaku..ana rasa pening kepala bila pulang ke kampung...

bila di ajukan kepada rakan taulan..POLIS tak buat kerja ke?ada yang memberikan jawapan dengan nada sindir..POLIS DAH DISUAP,...terkedu bila mendengar..ada yang juga ditangkap tetapi dilepaskan dengan alasan tidak ada akta..DAN mereka mengatakan hanya JAIP yang mempunyai kuasa...ini tak termasuk dengan bilangan remaja dan pemuda yang bersekedudukan tanpa ikatan, yang BERZINA ditepian pantai. menghisap dadah diwakaf-wakaf, di rumah-rumah tinggalan, dan hisap gam.....aduhai pihak pemerintah..lantikan rakyat..aduhai pihak berkuasa..jangan tunjuk kuasa sahaja.tetapi guna pakai kuasa tersebut...terasa sungguh diri ini berdosa membiarkan..tetapi apakan daya,..usaha jika tidak berjemaah akan menghadapi kesukarana..

ana harap dengan pendedahan ini pihak-pihak yang disebutkan tadi membuka mata.dan melaksanakan apa yang patut..ana akan suarakan pula kepada pihak ADUAN RAKYAT..dan InsyaAllah sebelum ana balik ana akan cuba mengambil gambar dan akan menyiarkan di dalam blog ini..

INSYAALLAH.

ps : Kampung ana ialah Kampung Balok Pantai Kuantan Pahang... DUN Beserah..jika anda ada maklumat sila hubungi ana 016-5463052 Pendedahan Ekslusif " Bercakap Benar Walaupun Ianya Pahit"

Tiada ulasan: