Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah tadi baru selesai kuliah bulanan di Surau Jalan Tiong dengan membawa kitab Bahrul Mazi Jilid 17..membicarakan bab دوام العمل كما يوعظ Alhamdulillah jemaah yang hadir bertambah..dalam bab ini tuan kitab Al-Marhum Dr Idris AlMarbawi RA..menyatakan sebagai seorang Islam walaupun sehebat mana kita, kita tidak terlepas daripada dinasihati oleh orang lain dan kita hendaklah menerimanya..dan juga setiap amalan hendaklah dilaksankan dengan istiqamah dan bukan hanya hangat-hangat sahaja kemudian terus ditinggalkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan