من التابعين

Isnin, 14 Mac 2011

Tsunami,Ultraman,Mask Rider 555 dan Naruto..

Assalamu'alaikum wbt..

Tsunami yang berlaku di Jepun beberapa hari yang lepas menghidupkan kembali semangatku untuk mencoret bebrapa isi hati yg telah hampir sebulan tidak ku catatkan di sini..bila kita kenang dan mengikuti perkembanga Jepun sebagai negara yang maju dan pendokong kuat Amerika Syarikat dan banyak mengeluarkan produk-produk yang canggih manggih..dengan robot dan sebagainya...teknologi pengesanan gempa yang tiada taranya dan pelbagai watak cerita dongengan rekaan mereka tersebar di merata dunia..semuanya menjadi tatapan anak-anak..namun kini kisah super hero yang digilai kanak-kanak di dunia seolah-olah tenggelam bersama-sama ombak setinggi lebih 10 meter yang membadai Jepun..MUNGKIN ini yang kita fikirkan..panggilah Ultramanmu,Narutomu..namun ianya adalah semata-mata rekaan tidak berfungsi sedikitpun pada dunia realiti..

kesan tsunami yang di katakan meragut nyawa hampir 10 ribu orang ini amat pedih untuk di telan oleh rakyat Jepun..dulu mereka bingkas bangkit merubah negaranya setelah tamat peperangan dunia kedua..namun kini adakah mereka masih bersemangat setelah apa yang mereka usahakan akhirnya dilenyapkan Allah dengan sekelip mata..

ayuh wahai rakyat Malaysia..insafi diri..pembangunan dan status negara maju yang hendak di kecap janganlah menyebabkan engkau leka dengan mainan dunia ini..leka dengan tidak mentaati Allah..sebabnya bala Allah bukanlah dogengan yang direka tetapi ianya realiti semata...

Ya Allah kuatlah keimanan kami..dan mudahkanlah bagi diri kami untuk melakukan keta;atan kepadaMU..aMIN

Tiada ulasan: