Bob Lokman ditahan JAIS
maaf jika terkasar...cuma ingin berkongsi perasaan jua..

Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, dipercayai atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.
Penulis lirik 'lagu berhantu' Isabella itu ditahan ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat.
Mereka dibawa ke balai polis berdekatan sebelum dilepaskan kemudiannya.
Turut ditahan Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir masjid itu hadir ketika majlis berlangsung.
Bob yang juga cucu ulama terkenal Kelantan Tok Kenali ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penahanannya malam tadi tetapi engan mengulas lanjut pada masa ini.
Ketiga-tiga mereka dijadual memberikan kenyataan kepada JAIS di pejabat agama daerah Hulu Langat sebelum tengah hari ini.
Sementara itu, Mohd Sany ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ketika insiden malam tadi, kira-kira 20 anggota penguatkuasa jabatan itu dan beberapa orang polis hadir bagi tujuan itu.
"Ketika Bob bercakap mereka tidak buat apa-apa. Bila habis dan solat Isyak baru (kami) ditahan," katanya sambil menafikan bertazkirah atau menyentuh soal politik.
Jawab yang berkaitan sahaja
Menurut Mohd Sany, Bob cuma menceritakan kisah hidupnya sebagai anak kampung yang bergelumang dalam dunia hiburan sebelum mendekatkan diri kepada agama.
"Beliau tidak sebut langsung (soal) PAS-Umno. Tetapi penguatkuasa tetap kata, ini titah Sultan," jelas Mohd Sany.
JAIS bulan lalu menegaskan keputusan tidak mengeluarkan tauliah kepada ahli politik -- arahan yang didakwa selaras dengan titah Sultan Selangor supaya masjid dan surau tidak dijadikan tempat berpolitik.
Sementara itu, Mohd Sany berkata, beliau awal petang ini selesai memberikan keterangan kepada JAIS di Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Kajang.
Katanya, Bob tidak hadir untuk sesi itu kerana difahamkan selebriti terkenal itu "tidak sihat".
"Kita sudah selesai. Kita dilepaskan dan tengok tindakan JAIS selanjutnya," katanya yang tidak pasti status kehadiran nazir masjid itu.
Bagaimanapun, dalam sesi itu, seorang penceramah lain yang turut berucap dalam majlis malam tadi - Fakrurazi Mokhtar - hadir secara sukarela bagi membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah JAIS Marzuki Hussin dilapor mengesahkan penahanan Bob dibuat kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah dan "tidak pernah memohon tauliah" daripada jabatan itu.
Bob ditahan bawah Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
Februari lalu, Bob mengejutkan banyak pihak dengan berkempen membantu calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau dan terus aktif berceramah selepas itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan