من التابعين

Rabu, 15 April 2015

Ahli Waris Yang Layak Menerima 1/2 (satu perdua) Harta Pusaka

Assalamu'alaikum wbt..

 golongan ahli waris yang layak menerima dengan kadar 1/2 (satu perdua) ada lima iaitu:

1) suami - dengan syarat isteri meninggal dunia tanpa meninggalkan zuriat
2) seorang anak perempuan - dengan syarat berseorangan dan tiada bersamanya anak lelaki
3) seorang cucu perempuan - dengan syarat berseorangan,
                                             - tiada anak bagi si mati lelaki atau perempuan
                                             - tiada bersamanya cucu lelaki
4) seorang saudara perempuan kandung - dengan syarat hendaklah dia berseorangan
                                                                 - tiada anak lelaki bagi si mati
                                                                 - tiada ayah bagi si mati
                                                                 - tiada saudara lelaki kandung.
5) seorang saudara perempuan sebapa - syaratnya seperti syarat saudara perempuan kandung kecuali ditambaha dengan tiada bersamanya saudara lelaki atau perempuan kandung atau saudara lelaki sebapa.


selamat membaca...sebarang kemusykilan tentang pusaka hubungi kami Ustaz Syed Mohd Bakri Al-Yahya 019-4443052

Tiada ulasan: