من التابعين

Ahad, 25 Oktober 2009

Genap usiaku 27 Tahun.

Diam tak diam..pada hari ini Ahad 25 Oktober 2009,sudah 27 tahun usiaku..rase mcm muda lagi tapi usia semakin tua..banyak manis dan pahit dalam hayatku tika ini..sekarang dah ada jawatan tetap, seorang isteri, dan dua cahaya mata penyeri hidup, cuma takdak umah sendiri lagi..tunggulah inSyaAllah adelah rezeki tu..Semalam p naik Cameron Highland dengan isteri dan anak2 yang tercinta..kali terakhir ku panjat Cameron ialah pada tahun 2006 sewaktu Berbulan Madu dulu..sampai kat atas sana..bilik hotel semua dah penuh..maka pulanglah turun..dalam perjalanan pulang singgah di tempat minum teh..tapi bukan nak minum cuma hendak solat asar..lepas solat turun dan oleh kerana malas nak balik umah, kami meraikan hari lahirku dengan menginap d sebuah hotel d Ipoh..Alahai..mcm-mcm..

Sekarang dalam benak fikiranku..banyak dah ke amalanku..rase2nya hutang yang banyak ku buat MasyaAllah.yaAllah berkatilah umurku dan kehidupanku..Kurniakanlah ku dan semua kaum Muslim dengan isteri yang solehah dan anak-anak sebagai penyejuk mata hatiku..

أين ملكنا  لا نملك شيئا
أنما الملك  لله جمعيا.




Tiada ulasan: