Salam..ukhwah buat semua..ana pagi tadi bertolak dr Ipoh untuk menziarahi abang ipar ana yang semalam eksiden..bertolak dalam jam 7.20am..bertolak sampai d Hospital dalam jam 10.50 am..ingat nak terus ziarah rupenye jam 12 tgh baru dibenarkan masuk ziarah..dalam masa menanti masa untuk ziarah tu ana dapat pula khabar dr sahabat ana ustaz latif yang mana ayahnya meninggal dunia hari ni..sedih dengar suaranya..ana harap dia tabah menghadapinya kerana ana pernah kehilangan ibunda tercinta dan amat faham perasaan orang yang "kehilangan"..bila jam 12 so dapatlah jumpa abang ipar ana tu..kecederaannya patah tangan kanan dan lututnya mengalami kecederaan dan perlu dibedah..dalam jam 1 petang ana bersama pak mentua p nak solat jumaat..dan di cadangakn untuk solat di Masjid Sultan Mizan atau Masjid Besi d Putrajaya..MasyaAllah..cantik sungguh Putrajaya ni..sampai di masjid masalah pulak nak cr parking..tapi akhirnya jumpa le jugak tempat nak park kete ana ni..masuk Masjid sekali lagi taajub dengan kecantkan seni binanya..nak cr tempat wudhuk..rupenye d tingkat bawah..adoi..pening2..tapi semua kepeningan ana terubat apabila mendegar khutbah yang disampaikan oleh Imam bertugas Tan Sri..yang bertajub Tanggungjawab Ulama dan Umara'..ana harap "orang-orang Besar" yang mendengar khutbah tu akan dapat mengambil manafaat..dalam perjalanan pulang hujan bukan main lebat lagi dengan ana sesat nak susur keluar ke Ipoh..biasa perjalanan ana buat nak pulang ke Ipoh 2 jam..tapi kali ni dekat 4 jam lebih...tetapi Alhamdulillah..selamat sampai akhirnya..
BUAT AYAHNDA USTAZ LATIF MARI SAMA-SAMA KITA HADIAHKAN AL-FATIHAH..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan