من التابعين

Khamis, 3 Jun 2010

Siri demo besar anti-Israel esok

Assalamu'alaikum wbt..

Sekurang-kurangnya dua demonstrasi besar akan diadakan di ibu negara esok oleh pelbagai pihak bagi mengutuk serangan berdarah tentera Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan pro-Palestin.


Demonstrasi tersebut bagaimanapun dilangsungkan secara berasingan - satu di Masjid Jamek Kampung Baru anjuran Pemuda PAS manakala satu lagi di Masjid Negara oleh Pemuda Umno.

Beberapa NGO dijangka turut menyertai demonstrasi tersebut antaranya Jemaah Islah Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).

Di Masjid Jamek kumpulan penyokong pembangkang merancang berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Ampang bagi menyatakan menyatakan bantahan mereka kepada negara sekutu Israel itu.

Ia dijadual disertai semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dan diketuai ketua umum PKR sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan di masjid negara difahamkan akan diketuai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.



BAGI ANA..IANYA MENAMPAKKAN KITA UMAT ISLAM TIDAK BERSATU..NAK BUAT DEMO PUN ADA FIRQAH-FIRQAHNYA...APA SALAHNYA HENTIKAN SEKEJAP PERTIKAIAN POLITIK..BUAT DEMO BERSAMA-SAMA..UMAT ISLAM..
 

Tiada ulasan: