Assalamu'alaikum wbt..
sedar atau tidak kejatuhan kerajaan di timur tengah disebabkan kesedaran rakyat tentang hak-hak mereka yang perlu pihak kerajaan ambil kira dan hormati. namun kerajaan-kerajaan yang berkuasa telah menafikan hak rakyat dan kebebasan bersuara mereka dan menyebabkan kebangkitan rakyat yang telah menumbangkan keangkuhan pemerintah. tetapi situasi ini berlainan di Malaysia kerana rakyat ingin berhimpun bukanlah untuk merampas kuasa namun hanya ingin menyatakan sesuatu supaya perkara tersebut diambil serius oleh pihak kerajaan..itu sahaja..namun penangkapan demi penangkapan telah dilakukan terhadap penganjur perhimpunan tersebut..pelbagai provokasi murahan dan hia telah dilakukan oleh media-media perdana yang menyatakan bahawa perhimpunan ini adalah ingin menderhakai Yang Dipertuan Agong..MasyaAllah..kami rakyat zaman IT...serba serbi tahu..mana baik dan mana buruk..tanah tumpah darah Malaysia ini tetap kami jaga keselematannya..tetapi biarlah di atas prinsip keadilan yang sebenar..ini adalah satu coretan rasa hatiku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan