من التابعين

Jumaat, 25 November 2011

Intipati Kuliah Di Surau RPT Kampung Tawas

Assalamu'alaikum wbt..

harini kuliah bersambung masih lagi pada bab "sifat orang yang jahat" tuan kitab Al-Marhum Syeikh Idris Al-Marbawi pada kitabnya Bahrul Mazi mensyarah akan matan hadith sejahat-jahat hamba ialah menipu agama dengan melakukan perkara yang syubhat..diberi contoh apabila berlakunya syak ketika solat adakah telah dilaksanakan 4 atau 3 rakaat, ade yang mengambil jalan mudah dengan mengatakan tentu 4 rakaat sedangkan ketika itu dia syak akan bilangan sebenar..ana menambah seperti hukum merokok..ada yang samar-samar akan kehalalan atau keharamannya, tetapi tegas ana menyatakan ianya haram dan kalau syubhat pun Nabi telah tegaskan ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام mungkin ada jemaah yang terasa atas penerangan ini..semoga Allah melembutkan hati mereka..ok ws

Tiada ulasan: